Sunday 10 June 2012

Menulis kod PERTAMA anda di dalam HOSTING

Jom kita mulakan menulis KOD PERTAMA anda.

Anda mesti seronok bila melihat hasilnya nanti.



  1. Selepas anda LOGIN akaun HOSTING anda. Klik menu New file.
    (klik sini bagaimana untuk masuk hosting)
  2. Anda akan dibawa ke halaman 'mengedit fail'.
  • Tuliskan nama fail anda. Sila lihat anak panah sebelah kanan.

    Anda boleh namakan fail anda dengan apa-apa nama sahaja. Cuma, fail anda mestilah dengan sambungan .html atau .php.

    Contoh yang boleh;
    • mukadepan.html 
    • mukadepan.php
    • MukaDepan.html
    • MUKAdepan.php
    • mUkAdEPan.html

    PENTING! fail dengan nama index.html atau index.php akan menjadi halaman utama website anda.

    Seterusnya, taipkan semula semua kod yang di atas tersebut. Tiru je bulat-bulat apa yang ditulis. Penerangan akan diterangkan kemudian.

    Dah tulis, tekan icon disket di atas tu untuk simpan fail tersebut. Selesai. Website PERTAMA anda telah berjaya dihasilkan.

    Sekarang cuba buka website anda tadi. Contoh website dalam artikel ini adalah http://php-mysql.comli.com

PERINGATAN!
  •  Sila pastikan setiap KOD yang ditulis adalah tepat. Sebarang kesilapan walaupun tanda ' akan mengakibatkan website anda tidak dapat dibuka.
  • WEBSITE adalah paparan KOD-KOD yang anda tulis yang telah diterjemahkan (kod-kod anda disembunyikan).
  • HOSTING adalah tempat di mana anda menyimpan fail KOD-KOD yang anda tulis.
  • URL adalah alamat WEBSITE anda. Contoh  http://php-mysql.comli.com



Meneroka ke dalam HOSTING PERCUMA anda

Ini adalah masa yang sangat seronok.

Anda akan belajar bagaimana untuk menulis kod-kod HTML dan PHP di dalam HOSTING anda sendiri.




  1. Selepas anda masuk ke HOSTING anda. Anda akan melihat paparan seperti berikut;
    • Up...
    • public_html
    • .ftpquota
    • DO NOT UPLOAD HERE
     
  2. MESTI INGAT! Semua fail-fail anda akan dimasukkan ke dalam folder public_html.
  3. Klik pada folder public_html tersebut. Dan paparan kandungan folder public_html akan dipaparkan.



 Inilah lokasi folder semua fail-fail yang anda tulis akan disimpan. Anda telah berjaya melepasi ASAS mengodeh HOSTING. 

Susunan fail dan folder di dalam HOSTING adalah sama dengan susunan fail di dalam komputer (explorer) anda.

Bersambung...

LOGIN masuk ke dalam HOSTING PERCUMA

Sekarang kita akan buat latihan untuk menulis PHP kita sendiri di dalam HOSTING secara terus. Mula-mula kita belajar bagaimana untuk masuk ke dalam HOSTING anda.




  1. Login ke akaun HOSTING anda.
    http://000webhost.com
  2. Klik menu Go to CPanel.
  3. Klik menu File Manager.
  4. Masukkan password anda.



Tahniah! Anda telah berjaya masuk ke HOSTING anda.

Membina Mysql DATABASE secara PERCUMA

Jom kita belajar pula membina Mysql DATABASE secara PERCUMA.

Artikel ini adalah sambungan dari artikel yang lepas.

Masuk ke HOSTING yang telah anda daftarkan sebelum ini.

http://000webhost.com

  1. Login ke akaun anda.
  2. Klik pada menu Go to CPanel.
  3. Klik menu MySQL.




      4.  Isikan maklumat DATABASE anda. Anda boleh pilih sendiri apa-apa nama untuk database dan user.

     5.   Selesai. Maklumat DATABASE anda akan dipaparkan.



Bersambung....




Saturday 9 June 2012

Mendaftar HOSTING Percuma untuk PHP mysql

Sekarang tibalah masanya untuk anda membina website anda sendiri menggunakan PHP.

Untuk permulaan, anda boleh mendapatkan HOSTING secara PERCUMA.

Sila ke laman;

http://www.000webhost.com/



Langkah-langkah untuk mendaftar


  1. Klik pada menu Sign Up!
  2. Satu borang pendaftaran akan terpapar.
  3. Isikan semua maklumat yang diminta.


Siap sudah DOMAIN dan HOSTING anda.




Bersambung pada artikel selanjutnya..

Lanjutan Concatenation Operator

Sekarang anda perlu lihat contoh-contoh berikut untuk lebih memahami bagaimana menggunakan Concatenation Operator dalam kod arahan PHP.

Contoh Concatenation Operator sebelum ini;

  1. <?php
  2. $agama   = "Islam" ;
  3. $jantina = "lelaki" ;

  4. echo $agama . " " . $jantina;
  5. ?>

Paparannya adalah;

Islam lelaki

Untuk memasukkan perkataan lain, anda boleh lihat contoh-contoh di bawah;

Contoh 1;

  1. <?php
  2.   
  3. $agama   = "Islam" ;
  4. $jantina = "lelaki" ;

  5. echo "Agama saya " . $agama;
  6.   
  7. ?>

Paparannya adalah;

Agama saya Islam

Contoh 2;

  1. <?php
  2.   
  3. $agama   = "Islam" ;
  4. $jantina = "lelaki" ;

  5. echo "Agama saya " . $agama . ", " . $jantina;
  6.   
  7. ?>

Paparannya adalah;

Agama saya Islam, lelaki

Contoh 3;

  1. <?php
  2.   
  3. $agama   = "Islam" ;
  4. $jantina = "lelaki" ;

  5. echo "Agama saya " . $agama . ", "."Jantina saya ". $jantina;
  6.   
  7. ?>

Paparannya adalah;

Agama saya Islam, Jantina saya lelaki

Concatenation Operator untuk menyambungkan dua String Variables

Contoh String Variables yang anda pelajar sebelum ini;

  1. <?php
  2. $agama = "Islam" ; 
  3. echo $agama;
  4. ?>

Dan bagaimana jika anda ingin menulis dua String Variables dalam satu perkataan?

$agama   = "Islam" ; 
$jantina = "lelaki" ;

Caranya ialah dengan menambahkan Concatenation Operator antara keduanya;

  1. <?php
  2. $agama   = "Islam" ;
  3. $jantina = "lelaki" ;

  4. echo $agama . " " . $jantina;
  5. ?>

Paparannya adalah;

Islam lelaki

Baca lanjutan Concatenation Operator untuk lebih faham.
 

Belajar PHP Mysql dalam Bahasa Melayu Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger