Sunday 10 June 2012

Menulis kod PERTAMA anda di dalam HOSTING

Jom kita mulakan menulis KOD PERTAMA anda.

Anda mesti seronok bila melihat hasilnya nanti.



  1. Selepas anda LOGIN akaun HOSTING anda. Klik menu New file.
    (klik sini bagaimana untuk masuk hosting)
  2. Anda akan dibawa ke halaman 'mengedit fail'.
  • Tuliskan nama fail anda. Sila lihat anak panah sebelah kanan.

    Anda boleh namakan fail anda dengan apa-apa nama sahaja. Cuma, fail anda mestilah dengan sambungan .html atau .php.

    Contoh yang boleh;
    • mukadepan.html 
    • mukadepan.php
    • MukaDepan.html
    • MUKAdepan.php
    • mUkAdEPan.html

    PENTING! fail dengan nama index.html atau index.php akan menjadi halaman utama website anda.

    Seterusnya, taipkan semula semua kod yang di atas tersebut. Tiru je bulat-bulat apa yang ditulis. Penerangan akan diterangkan kemudian.

    Dah tulis, tekan icon disket di atas tu untuk simpan fail tersebut. Selesai. Website PERTAMA anda telah berjaya dihasilkan.

    Sekarang cuba buka website anda tadi. Contoh website dalam artikel ini adalah http://php-mysql.comli.com

PERINGATAN!
  •  Sila pastikan setiap KOD yang ditulis adalah tepat. Sebarang kesilapan walaupun tanda ' akan mengakibatkan website anda tidak dapat dibuka.
  • WEBSITE adalah paparan KOD-KOD yang anda tulis yang telah diterjemahkan (kod-kod anda disembunyikan).
  • HOSTING adalah tempat di mana anda menyimpan fail KOD-KOD yang anda tulis.
  • URL adalah alamat WEBSITE anda. Contoh  http://php-mysql.comli.com



0 comments em “Menulis kod PERTAMA anda di dalam HOSTING”

Post a Comment

 

Belajar PHP Mysql dalam Bahasa Melayu Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger